Q Quiz SJKC Bahasa Cina

Download

About this App

Q Quiz adalah aplikasi revisi pembelajaran dimana pelajar boleh menjawab soalan latihan dengan mudah, pantas dan berkesan. App Q Quiz direka khas supaya memudahkan pelajar menjawab soalan latihan secara digital dan interaktif. App Q Quiz mengandungi bentuk jenis soalan yang menyerupai bentuk soalan sebenar supaya pelajar dapat membiasakan diri untuk menjawab ujian dan peperiksaan yang sebenar. Dengan adanya App Q Quiz ini, ulangkaji  pelajar akan dijalankan dalam suasana yang selesa dan riang.

App Q Quiz terbuka kepada pelajar-pelajar tahun 4 hingga 6 dan tingkatan 1 hingga 5, terutamanya pelajar tahun 6 dan tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan SPM.

Kelebihan App Q Quiz
Aplikasi ini adalah alternatif kepada kaedah ulangkaji yang sedia ada di mana pelajar menjawab set-set soalan di buku latihan dan kemudian menyemak jawapan sendiri. Dengan aplikasi ini, pelajar dapat menjimatkan masa kerana jawapan akan disemak dan markah akan diberikan terus oleh sistem setelah selesai menjawab set soalan. Dengan itu, pelajar dapat menjawab lebih banyak set soalan pada satu masa setelah selesai mengulangkaji sesuatu pelajaran.
Rekod Ulangkaji turut disediakan supaya pelajar dapat melihat prestasi mereka. Pelajar juga boleh menyemak semula set soalan yang telah dijawab tersebut untuk tujuan ulangkaji.

 

Ciri-ciri Menarik App Q Quiz
Mengandungi dua bahagian 
: 1- Praktis Intensif Topikal ( Berasaskan Permainan-Games-Based.)
: 2-Kertas Model ( Berasaskan Format Peperiksaan Sebenar )
Latihan boleh dibuat pada tablet dan juga telefon pintar di mana-mana dan pada bila-bila saja!
Mengandungi jam masa untuk untuk mengawal jumlah tempoh masa yang diberikan.
Pengiraan markah secara automatik sejurus tamat menjawab set soalan.
Semua keputusan disimpan di dalam rekod  untuk mengetahui prestasi terkini pelajar.

Download